<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7337630074089938267\x26blogName\x3dCINTA+IRSYAD+-+Catatan+Seorang+Muallimah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://umiraudhah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://umiraudhah.blogspot.com/\x26vt\x3d5737851063604104289', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Ahad, 3 Julai 2011

REBRANDING.. (Yang Dinanti Telah Kembali..)

Assalamualaikum...

Setelah setahun menyepi, agak-agaknya ada lagi ke yang setia menanti? Rasa macam ada, sebab.. pada 'shout box' tu ada yang masih datang melawat..Maaf banyak lah semua ya..

Apapun alasannya, yang penting ana dah kembali. Puas ana cuba cari 'template' yang baru untuk 'rebranding' blog ana ni..masalahnya...payah pulak nak 'convert' bahasa 'programming' nih. Sebenarnya mungkin boleh kalau usaha lagi, tapi asyik tak jadi je, terasa macam dah buang masa banyak, makanya ana guna ajelah 'template' lama ni.

Alhamdulillah, buat masa ni ana sihat. Keluarga pun sihat..cuma si kecil Hannah kurang sihat.

Setahun tak bercerita ni, rasa kekok la pulak..Mungkin kerana terlalu banyak cerita, sampai tak tahu nak cerita apa. Tentang ana? Mmm..masih mengajar di Irsyad. Antara yang masih setia walaupun ramai dah pergi meninggalkan Irsyad. Kiranya, dah masuk kategori orang lama sebab ramai sangat orang baru. Irsyad dah banyak berubah..Sapa yang dah lama tak datang jenguk Irsyad tentu akan terkejut besar...

Tahun 2011 ni ana pindah rumah lagi. Kiranya rumah yang ke-7 la ni. Nak buat macamana..kita hanya mampu merancang sekarang. Apa yang berlaku di hadapan mana tahu..Ingatkan, bila duduk rumah sendiri kira tetap la tu..Rupa-rupanya..duduk kat Irsyad juga yang paling selesa. Maka kami pun sewalah rumah Orang Kaya tepi pagar sekolah tu..Anak-anak punyalah gembira. maklumlah, rumah baru ni pakejnya memang lengkap.Sekolah tepi pagar je. Apa yang takde? Surau (betul-betul belakang rumah), padang bola, kedai, jiran-jiran, dan yang paling penting, kawan-kawan Azam dan Ansori memang terlebih cukup untuk main bola setiap petang. Yasmeen dan Yaseen dan si kecil Hannah pun tak pernah lekat di rumah...

Setelah separuh tahun duduk di sini, rasanya buat masa terdekat akan terus di sini. Perkara paling penting bagi ana ialah persekitaran yang baik untuk membesarkan anak-anak. Rumah kecil atau besar bukan ukuran kebahagiaan hidup. Kegembiraan anak-anak lebih utama.Juga, bagaimana kita dapat mengurus kehidupan diri dan keluarga untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.

Rasanya, cukup setakat ini. Jumpa lagi esok lusa, insyaAllah.

1 Comments:

Blogger Ginny Laura said...

WOW Keren nie artikelnya
Sambil baca artikel ini, Aku numpang promosi deh !
Agen Bola, Bandar Bola Online, Situs Taruhan Bola, 7meter

4 Ogos 2014 11:32 PTG  

Catat Ulasan

Links to this post:

Buat Pautan

<< Home