<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7337630074089938267\x26blogName\x3dCINTA+IRSYAD+-+Catatan+Seorang+Muallimah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://umiraudhah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://umiraudhah.blogspot.com/\x26vt\x3d5737851063604104289', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Ahad, 3 Julai 2011

REBRANDING.. (Yang Dinanti Telah Kembali..)

Assalamualaikum...

Setelah setahun menyepi, agak-agaknya ada lagi ke yang setia menanti? Rasa macam ada, sebab.. pada 'shout box' tu ada yang masih datang melawat..Maaf banyak lah semua ya..

Apapun alasannya, yang penting ana dah kembali. Puas ana cuba cari 'template' yang baru untuk 'rebranding' blog ana ni..masalahnya...payah pulak nak 'convert' bahasa 'programming' nih. Sebenarnya mungkin boleh kalau usaha lagi, tapi asyik tak jadi je, terasa macam dah buang masa banyak, makanya ana guna ajelah 'template' lama ni.

Alhamdulillah, buat masa ni ana sihat. Keluarga pun sihat..cuma si kecil Hannah kurang sihat.

Setahun tak bercerita ni, rasa kekok la pulak..Mungkin kerana terlalu banyak cerita, sampai tak tahu nak cerita apa. Tentang ana? Mmm..masih mengajar di Irsyad. Antara yang masih setia walaupun ramai dah pergi meninggalkan Irsyad. Kiranya, dah masuk kategori orang lama sebab ramai sangat orang baru. Irsyad dah banyak berubah..Sapa yang dah lama tak datang jenguk Irsyad tentu akan terkejut besar...

Tahun 2011 ni ana pindah rumah lagi. Kiranya rumah yang ke-7 la ni. Nak buat macamana..kita hanya mampu merancang sekarang. Apa yang berlaku di hadapan mana tahu..Ingatkan, bila duduk rumah sendiri kira tetap la tu..Rupa-rupanya..duduk kat Irsyad juga yang paling selesa. Maka kami pun sewalah rumah Orang Kaya tepi pagar sekolah tu..Anak-anak punyalah gembira. maklumlah, rumah baru ni pakejnya memang lengkap.Sekolah tepi pagar je. Apa yang takde? Surau (betul-betul belakang rumah), padang bola, kedai, jiran-jiran, dan yang paling penting, kawan-kawan Azam dan Ansori memang terlebih cukup untuk main bola setiap petang. Yasmeen dan Yaseen dan si kecil Hannah pun tak pernah lekat di rumah...

Setelah separuh tahun duduk di sini, rasanya buat masa terdekat akan terus di sini. Perkara paling penting bagi ana ialah persekitaran yang baik untuk membesarkan anak-anak. Rumah kecil atau besar bukan ukuran kebahagiaan hidup. Kegembiraan anak-anak lebih utama.Juga, bagaimana kita dapat mengurus kehidupan diri dan keluarga untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.

Rasanya, cukup setakat ini. Jumpa lagi esok lusa, insyaAllah.
Khamis, 10 Jun 2010

MAAF ATAS SEGALANYA

Assalamualaikum buat semua...alhamdulillah, hari ini kita dapat bersua.

Cuti sekolah dah pun hampir seminggu berlalu. Apalah agaknya aktiviti bermakna bagi semua guru dan pelajar. Selamat bercuti kepada semua. Kepada guru-guru, tentu macam-macam perancangan. Khabarnya ada yang pergi melancong, balik kampung dan yang pergi kursus KRS pun ada juga. He..nasib la kan..sekarang giliran antum. Lain kali mungkin giliran ana pula.

Cuti 2 minggu ni..ana tak ke mana-mana. Maklumlah, muallim nun jauh di Kota Makkah. Ana dan anak-anak melancong di Kampung Panching (antara destinasi pelancongan menarik bagi anak-anak).

Sebetulnya baru pagi ni ana duduk sepenuhnya di Panching. Sebelum ni, duduk berkursus di sekolah. Anak-anak pun gembira sebab dapat duduk bersama umi semula. Mungkin ada juga yang kurang gembira (Azam la tu!)kerana tak boleh lagi bebas menonton tv. Bila umi dah kembali ke rumah, kenalah ikut jadual lain pula.

Bercerita pasal kursus...Mm..alhamdulillah memang berkesan. Tambahan pula ada slot motivasi oleh Puan Rohani. Ish! Memang menyentuh hati. Isinya, tentang ukhuwwah dan tanggungjawab sebagai murabbi. Aduhai..Rasa macam nak jumpa semua pelajar dan minta maaf. Besarnya amanah yang dipikul, mudahah-mudahan Allah bantu.

Kepada semua pelajar, dengan rasa rendah diri, ana mohon maaf sekiranya ada yang pernah terguris hati dengan kata-kata atau perbuatan ana. InsyaAllah, ana akan sentiasa berusaha menjadi pembimbing yang baik. Mungkin ana kurang pandai menzahirkan kasih sayang pada pelajar, tetapi hakikatnya, pelajar-pelajar adalah antara insan yang selalu ada di hati ana walau di mana ana berada.

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, ana mohon maaf andai pernah mengguris hati sahabat semua selama kita bersama di bawah satu bumbung menunaikan amanah mendidik pelajar kita. Semoga ukhuwwah antara kita semua sentiasa dipelihara walau kita berbeza di mana-mana. Berbaik sangka dan saling faham matlamat kita, insyaAllah hati akan menjadi tenang.

Sampai bersua lagi...
Sabtu, 22 Mei 2010

PENGUMUMAN!PENGUMUMAN!

Bersua kembali...Hai..sejak adanya facebook ni, asyik tersangkut je...mulalah rasa tak berapa sempat nak menulis sepatah dua...Malam ni terasa nak menulis setelah selesai melawat kawan-kawan di fb. Bukan apa, sekali sekala kena juga siasat budak-budak yang singgah di fb tu..Rupanya ada juga yang me"lagho"...

Dunia dah makin canggih. Payah juga kalau kita nak halang budak-budak join fb. Maklum sajalah, rumah diorang kebanyakannya ada internet. Mak bapak pun mahu tak mahu kenalah juga beri kebenaran guna internet. Kalau tak bagi, diorang pergi cc..

Tak pelah kalau nak join fb. Cumanya, mesti tau bila masa yang boleh dan kena bijak kawal diri. Batas pergaulan kenalah jaga...Banat tu, tak yahlah sibuk-sibuk nak komen banin. Baca aje sudahlah...Satu lagi, jangan terlampau rajin melayan fb, esok pagi malas la pulak nak pergi sekolah. Ish! Bimbang betul ana dengan pengaruh teknologi sekarang ni. Kalau iman semuanya mantop tak pe lah juga..Ibu-ibu, bapa-bapa, siapa yang punya anak, kenalah lebih berani menggunakan kuasa bagi mengawal aktiviti anak-anak. Jangan ambil mudah hingga akhirnya bila anak-anak dah leka dan biasa kita pulak yang gelabah. Sedangkan orang dewasa pun boleh leka dengan internet, apatah lagi budak-budak sekolah..

Kita tinggalkan cerita fb tu..

Bulan ni adalah bulan untuk mengenang jasa guru. Belum terlambat untuk ana ucapkan "Selamat Hari Guru" untuk semua guru di Irsyad dan di mana jua...Tahun ni, macam biasalah SMAI buat rehlah. Sudah beberapa tahun, sambutan Hari Guru diadakan di luar. Mungkin kerana trend itu jugalah maka tiada lagi hadiah yang banyak memenuhi meja kami.Hadiah untuk semua guru kira kongsi duit beli sama saja. Pelajar buat kutipan sesama mereka. Bijak juga...jimat duit poket. kami guru-guru pun faham sangat...kami pun bukanlah mengharapkan hadiah. Cuma teringat suasana Hari Guru 7,8 tahun lepas. Memang meriah dan seronok dapat hadiah macam-macam..Bukanlah hadiah tu mahal-mahal pun...tapi kesungguhan pelajar menyediakan hadiah untuk guru-guru memang mengharukan hati kami.

Zaman dah berubah...Pelajar sekarang lebih bijak merancang kewangan. Duit poket tak boleh belanja sembarangan. Mesti ambil kira bajet untuk beli top-up telefon, kos pergi cyber cafe, sewa padang futsal, dan macam-macam lagi. Berbanding pelajar dulu, duit poket hanya untuk belanja makan di kantin..Sebab tu boleh beli hadiah untuk guru...Agaknya lah....

Apapun, terima kasih kepada semua pelajar yan merancang sambutan Hari Guru tempohari. Juga terima kasih atas ucapan via sms. Memang seronok dapat bersama-sama semua guru dan pelajar bermain di tepi pantai. Tahniah untuk kumpulan ana yang dapat nombor dua. Mantop...Terima kasih juga buat sahabat-sahabat di bilik guru yang sama-sama menganjurkan jamuan dan acara tukar-tukar hadiah. Terasa meriah la juga...

Akhir kata...Selamat menempuh peperiksaan pertengahan tahun buat semua pelajar. Jawab elok-elok ye...Biar dapat capai target. Tinggalkan maksiat, banyakkan munajat kepada Allah..Biar hati terang...tak terkeluar jawapan merapu meraban...All the best!
Selasa, 4 Mei 2010

ALAHAI...HACKER!

Assalamualaikum....

Hari ni semuanya ok. Si Raihanah yang terpaksa duduk taska tu pun nampaknya beri kerjasama baik. Senang hati ana. Cuma susah hati sikit teringatkan muallim bersama Yaseen dan Yasmeen yang terpaksa duduk rumah. Alkisahnya, ana aje yang susah hati. Depa tiga beranak berbahagia di rumah. Bukanlah susah sangat nak jaga budak dua orang tu. Tambahan pula kepakaran abi mengawal keadaan memang tak dapat dinafikan. Cuma mungkin sedikit tercabar dengan kerenah anak dara yang suka buat provokasi melampau. Apapun, semuanya sukses...

Walaupun petang baru sampai rumah, taklah terasa penat. Mungkin kerana hati gembira dapat bertemu pelajar-pelajar. Terbayang muka ceria mereka menyambut ana di kelas. Ada juga yang muka sardin..Tu gerenti tak suka ana sebab takde can nak membuli. Dengan guru ganti tu bolehla diorang buat lebih kurang...Gembira di hati sedikit tercalar dek sikap segelintir pelajar...terus terang je...kumpulan mengaji ana. Ade ke patut...2 bulan ana tinggal diorang, hafazan tak menambah. Kalau ada yang tambah pun, jauh lagi nak kejar silibus. Ish! memang geram juga la kan..Gelak, gelak juga...esok, siaplah aku cubit semuanya.

Cerita panas sekarang ni...pasal seorang budak tak berapa nak betul yang menamakan dirinya HACKER 2. Dia ni dengan kurang sopannya telah menyiarkan gambar-gambar pelajar irsyad di facebook. Kalau semua gambar yang biasa takpe la jugak...ada gambar-gambar sebalik tembok yang tak sepatutnya menjadi tontonan umum. Dahla dia dah songlap kamera mahal si Salman tu...

Sudah terang lagi bersuluh...Ala...bukan susah sangat nak teka si pengkhianat member-member tu...Cuma masanya belum tiba untuk menangkap dan menghantarnya ke kantor polisi.
Ramai la juga yang respon di facebook dia tu..Buang masa aje...Dia lagi la suka pasal semua orang dok sibuk hal dia. Bila terkenangkan muka dia tu, ish...rasa nak campak aje stokin busuk ansori kat muka dia..(sabo,sabo...). Bukan ape. Masuk ke Irsyad sekadar nak buat busuk nama Irsyad aje...Belajar takyah kiralah..Bapok cerdik, sampai juling-juling biji mata menahan ngantuk. Stay up sampai pagi la tu....

Alahai HACKER...sampai bila la nak hidup dalam benci orang...Dalam seratus belum tentu ada sorang yang mendoakan kebaikan. Biarlah ana doakan...Harap-harap, si HACKER yang telah mencalit memori kelabu di Irsyad dapat kembali ke pangkal jalan. Bukan susah sangat nak kembali ke Irsyad. Naik teksi dari bandar tambang RM 1 je (ye ke? lama dah tak naik teksi. Yang pastinya tak sampaila RM2 kan..). Tapi kena berhenti depan kilang ikan masin tu la...Kalau sampai Irsyad kena caj mahal...Mai la sini mintak maaf dengan yang sepatutnya. Mungkin ada lagi ruang untuk merubah keadaan. Jangan tamatkan rasa bahagia hidup di dunia dengan perilaku keji yang boleh dielakkan. Hidup dalam dosa sebenarnya bukanlah gembira mana. Di bibir senyuman terukir, di hati...kesedihan mengalir..

Sampai ketemu lagi...
Isnin, 3 Mei 2010

KEMBALI BERSUA


( Raihanah terkini. Dah pandai senyum banyak dan ketawa sikit-sikit. Comel Kan!)

Salam "Satu Malaysia" buat semua...He..pertama kali guna slogan tu terasa macam tak berapa nak kena...Saja cuba sebab Azam baru aje tanya..."Kenapa orang asyik sebut satu Malaysia? Apa maknanya?". Hai...bila otak anak dah mula menyamai otak orang dewasa, ha..siap-siaplah. Kenalah kita berpengetahuan luas dan bijak memilih perkataan yang sesuai supaya penerangan kita boleh difahami. Tambahan pula soalan yang ditanya memang tiada tapisan. Apa saja yang didengar, di baca dan terlintas di fikirannya pasti ditanya. Azam memang suka bertanya itu dan ini. Bukan senang juga nak menjawab...

Mimpi apa pulak muallimah Raudhah menulis blog nih! Dah sebulan tersadai, tiba-tiba rasa rindu la pulak..Sebenar-benarnya, ada la juga on-line, tapi nak menulis punyalah malas. Lagipun, manalah ada cerita sangat...lepak kat rumah je kan...

InsyaAllah, esok ana akan kembali bertugas. Sepatutnya minggu lepas dah kena lapor diri. Anak-anak pulak kena chicken pox beramai-ramai. Nak buek camno? Kenalah ana menyambung cuti. Aduhai..Tak dayo dah sebonarnya jadi surirumah. Bayangkanlah, kerja tak pernah habis. Peserta-peserta rumah yang lain tu seronok la...Asyik order itu ini. Ingat kita bibik apo! tak boleh jadi...Esok ana mesti ke sekolah. yasmeen dan Yaseen belum ok lagi. Jawabnya, muallim la pulak ambik alih tugas. So, kepada sume anak muridku yang dirindui, kita jumpa di sekolah esok ye.... Mu orang jangan ingat nak duduk goyang kaki lagi...You all punya real "teacher" dah kembali. Bersedialah dengan tugasan yang macam-macam.

Okey lah...Time to sleep. Sementara si Raihanah comel tu sedang lena tidur, baiklah ana tumpang sekaki. Bye!

Sambungan...

Lupa nak bagitau..Shukri Shafie atau nama glamernye "Panching" dah selamat bernikah pada 30 Mei lalu. Dia ni SPM tahun bila ha? Tak ingatlah. Tapi dia abang Hamizah, sepupu muallim Tarmizi... Alhamdulillah, baru aje habis belajar kat UKM dah dapat isteri. Kalau rajin kumpul duit, cepatlah nikah...kalau rajin perabih duit, sampai ke tua la membujang! Apapun, meh la kita turun kenduri rumah dia pada hujung minggu ni.
Jumaat, 2 April 2010

ALHAMDULILLAH....

Assalamualaikum buat semua peminat setiaku...Maaf la yek kerana baru kini dapat bersua. Maklum sajalah, dok berpantang. Walaupun melayari internet ni tak termasuk dalam senarai perkara terlarang semasa berpantang, ana tidak juga berupaya 'update' blog ni. Sibuk melayan si kecik tu la...

Alhamdulillah, sudah bertambah bilangan ahli keluarga kami. Bersyukur sangat dapat anak ke-5. Lebih istimewa kerana dia dilahirkan pada tanggal 12 Rabiulawal.

Menyingkap kembali detik-detik kelahiran anak ke-5....

4 pagi 26 Februari 2010 ( Kg Panching)

Terasa sakit macam nak bersalin.... Cuba bangunkan muallim yang sedang lena tidur. Gagal...Tak pelah.. Sebelum subuh barulah muallim sedar yang ana memang akan bersalin hari itu. Katanya, lepas dia balik Masjid baru pergi hospital. Suka hati aje kan? Dibuatnya ana terbersalin kat rumah...

Sebenarnya tidaklah panik mana kerana ana nak bersalin anak ke-5. Kira dah professional dan boleh dikatakan semua anak sebelum ini akan lahir lebih 12 jam selepas tanda-tanda awal bersalin berlaku. Tu yang selamba aje. Sebelum ke hospital, sempat lagi balik rumah di Indera Sempurna untuk ambil beberapa keperluan, juga lepak kejap untuk charge telefon yang kebetulan dah habis bateri. Pukul 10 pagi baru sampai hospital.

Diringkaskan cerita, ana bertapa separuh di hospital melalui macam-macam proses sebelum akhirnya minta dihantar ke dewan bersalin pada pukul 3.30 petang. Lebih kurang 3 jam kemudian, pukul 6.39 barulah bersalin. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun sedikit trauma dengan beberapa episod selepas bersalin. Biasalah kan..sakit bersalin... memang kaw-kaw punya! Allah nak hapus dosa, takkan senang-senang je. Dahla tu, dapat pula anak..nikmat yang bukan semua orang dapat!

Hanis Raihanah. Itulah nama yang akhirnya dipilih oleh Majlis Syura setelah bermesyuarat selama 6 hari. Memang pusing kepala juga nak cari nama yang sesuai. Pertama, kerana tak sangka dapat anak perempuan. Kedua, kerana muallim nak kekalkan Hanis di pangkal nama. Kalau ikut ana, tak kisah kalau takde Hanis pun..Yang penting maknanya bagus dan nama itu sesuai diguna hinggalah tua. (Bayangkan nama anda bila anda jadi datuk atau nenek nanti...adakah sesuai?).Sebetulnya nama Raihanah ni dah lama ana simpan. Kebetulan anak ke-5 ni lahir hari maulidurrasul. Maka, nama ni sesuailah. Raihanah kan nama isteri Rasulullah..


Hari ni, dah 37 hari bercuti, berbaki 23 hari sebelum kembali ke sekolah. Memang dah tak sabar nak bertugas. Sejak bercuti ni dah beberapa kali ana ke sekolah. Duduk kat rumah ni terasa jauh dari dunia luar. Perkembangan terkini di sekolah pun banyak ketinggalan. Muallim bukanlah ada banyak masa nak cerita apa yang berlaku di sekolah. Adalah juga satu dua cerita yang dikongsi. Ana pun dah tak berapa nak ingat nama dan muka pelajar-pelajar kerana baru saja berkenalan dah bercuti. Pelajar-pelajar lama dan yang memang popular tu, memanglah ana ingat sokmo!...

InsyaAllah, bersua lagi di lain masa. Kepada pelajar-pelajar yang ditinggalkan sementara, harap-harap dapat tingkatkan prestasi. Bila bersua nanti, mudah... aje ana menyambung pengajaran. Ana pun belum sempat tengok analisa UP 1. Harap-harapnya semua okey je..

See you all then, take care!
Ahad, 21 Februari 2010

MENANTI HARI

Alhamdulillah, sihat..Cumanya agak lembab segala pergerakan kerana sudah tiba masa untuk berjuang melahirkan seorang lagi cahayamata. Entah lelaki atau perempuan, tak pasti. Si Azam harap dapat adik lelaki sebagai tambahan geng buat huru-hara kat rumah.Yasmeen si tunggal perempuan tentu saja mengharapkan adik perempuan sebagai temannya bermain pondok-pondok. Jauh di sudut hati ana pun harap-harap dapat anak perempuan. Bimbang juga si Yasmeen makin berkurang sifat keperempuanan kerana saban hari berkawan dengan 3 hero yang boleh tahan cergasnya. Sekarang ni pun suara si Yasmeen tu jauh lebih kuat dan garau berbanding yang lain.

Boleh dikatakan semuanya 'exited' menanti kelahiran ahli baru dalam keluarga kami. Saban hari ana terpaksa menjawab soalan yang pelbagai tentang baby baru ni. Azam dan adik-adik sudah mereka-reka nama yang sesuai untuk adik baru. Kebanyakan nama yang dicadang adalah nama-nama rakan sekelasnya. Ana pun masih belum bertemu nama yang sesuai. Macam biasalah...lepas bersalin baru dapat idea. Rasa-rasanya macam lelaki aje. Taklah susah sangat cari nama anak lelaki..

Sebenarnya, ana memang berdebar juga menanti saat-saat melahirkan. InsyaAllah kali ni tak perlu dibelah perut kerana keputusan scan yang terkini, semuanya ok. Esok ana ada temujanji terakhir dengan doktor pakar untuk beri keputusan muktamad boleh bersalin normal atau tidak.Harap-harapnya bersalin normal kerana serik rasanya kena belah perut. Apapun, semuanya bergantung pada Allah. Kalaupun boleh normal, manalah tahu kalau ada komplikasi lain di saat akhir. Semoga Allah permudahkan segalanya.

Sekarang ni ana betul-betul tak berapa larat nak bawa diri. Ingatkan minggu lepas dah boleh bersalin. Siap dah packing barang-barang masuk dalam kereta. Rupa-rupanya sihat semula. Suspen je lebih...Agaknya minggu ni kot. Sebenarnya dah tak sabar nak bercuti. maklum saja dalam keadaan macam ni kena gi kelas. Mengajar terpaksa duduk. Tak best langsung. Dah la kena guna tenaga banyak. Berjalan sana sini. balik pulak lewat. Memang tak daya. Dapur kat rumah pun dah lama menganggur...Muallim kata nak belajar masak. Tapi sampai sekarang tak belajar lagi. Jawapannya kami semua makan kat kedai je la...

Berhenti di sini la ye... InsyaAllah ana akan maklum bila dah bersalin nanti. Doa-doakan agar ana sihat dan mudah aje melalui detik-detik cemas itu...